Quantcast
Channel: ~omongan kosong~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Saya tak tau nak letak tajuk apa.

$
0
0

Semalam seminar pertama semester 10. Saya ada 3 kelas. Pagi satu dan 2 sebelah petang. Kelas pagi bermula 8.30 pagi. Pukul 8.40 pensyarah masih belum sampai. 8.45 saya sms pensyarah tersebut.

“Salam puan. Are you coming for the class of TAX320? We’re at U228.”

Tiada jawapan saya terima. Selang 5 minit pensyarah tersebut sampai. Biasa saja puan pensyarah ini. Macam mak-mak kita juga, pakai tudung pun sempoi aje, macam nak gi pasar. 😆

“Siapa yang sms saya tadi?”
Saya angkat tangan. “That was me.”
“Terima kasih sebab sms. Saya tak ingat kelas di mana? Saya ingat di kelas lain.”

Kelas pun bermula dengan lancarnya. Saya enjoy kelas Taxation ni. Seronok!

Kelas ke2 bermula jam 2 petang. Pukul 2.10 kelas tak mula lagi. Saya sms pensyarah kelas ini pula. Guna ayat yang sama juga

“Salam puan. Are you coming for the class of MAF310? We’re at U228.”
Saya dapat reply, “Baru dpt parking.”

Tak lama kemudian puan pensyarah tersebut sampai. Ayat pertama yang keluar adalah,

“Siapa yang sms saya tadi?” Saya angkat tangan.
“Kenapa? Dah tak sabar nak balik ke? Saya baru nak masuk parking, dah sibuk sms..”

dan seterusnya dia membebel pasal perkara ini. Dia (merujuk kepada si pensyarah itu. Saya tidak menggunakan beliau kerana saya rasa tak sesuai panggilan itu ditujukan pada dia walaupun pada pangkal namanya ada title Dr.!) langsung tidak minta maaf atas kelewatan atau pun paling tidak memberi salam. Jauh sekali nak ucapkan terima kasih sebab sms dia ingatkan pasal kelas.

Saya hilang mood nak belajar. Sepanjang kelas saya rasa tak ikhlas langsung nak terima masuk setiap perkataan yang dia cakap. Saya rasa macam ada dinding yang halang setiap ilmu itu masuk dan melekap kat dada saya. Saya sabarkan diri. Tenangkan hati.

Lagi 5 minit pukul 4 dia  dah mula mengemaskan buku-buku untuk menamatkan kelas.  Aik? Kelas mula lewat tapi belum pukul 4 dia dah nak balik dah? Biar betul? Dia sepatutnya kena ‘curi’ masa rehat kami (yang ini saya tak kisah) untuk gantikan semula masa yang dia ‘curi’ untuk parking kereta dia. Tapi dia tak sedar pun dan saya ingat perkara sms tu dah habis dah, tak habis lagi rupanya. Dia tanya saya lagi.

“Kenapa sms saya? Sebab kamu tak de kelas MAF330 tadi ingat kelas saya pun tak de la? Nak balik cepat?”

“Saya tak ambil MAF330.” Dia diam.

“Oh ya saya belum perkenalkan diri lagi. Nama saya Dr. A***** binti A*******! Nak no tel saya? Tanya la pada kawan kamu yang sms saya tadi.”

“Nak tau anak saya kata apa? Alaa student ni pun banyak pulak songeh nya. Sibuk nak sms lecturer la call lecturer la, sibuk betul la!” dan dia pun ketawa.

Saya rasa tersentap. Bagi saya pensyarah itu seorang yang berlagak! Sangat berlagak! Sangat berlagak dan sangat tiada disiplin diri. Kenapa saya sibuk nak tinggikan bil telefon saya semata nak tanya dia dekat mana kalau tiada tujuan? Saya sms sebab nak ingatkan dia yang kelas sepatutnya bermula tepat jam 2petang! Bukan 1.59 atau 2.01 atau 2.15 tapi 2 tepat! Dia dibayar mengikut jam dan dia sepatutnya patuh pada arahan itu. Tak kisah la ada title Dr. atau tidak pada pangkal nama dia tu, yang penting masa kena tepati. Kalau saya sendiri pun malu nak beritahu nama saya ada title Dr. itu kalau saya datang lewat.

Mungkin sebab kelas kami ni kelas orang dewasa, kelas yang bekerja sambil belajar maka dia ambil enteng saja pada kami. Ada ketika nya juga ayat-ayat dia ketika kelas menunjukkan yang dia memandang rendah dan memperlekehkan kami, mungkin saya seorang saja yang perasan atau yang lain perasan tapi tak berani nak kata apa. Saya pun risau juga mungkin dia akan mula anti dengan saya, tak pasal-pasal nanti paper akhir saya akan kantoi. Semoga semua itu tidak terjadi.

Saya pasang niat nak buat betul-betul paper ini. Tak nak mengulang lagi sebab saya tak nak tengok muka dia lagi pada semester depan. Kalau tak fikir yang dia adalah pensyarah yang perlu saya korek ilmu nya untuk paper ini, hendak saja saya balas balik setiap kata-kata dia itu. Bak kata orang, ikut hati, kita mati, ikut rasa pula kita binasa, maka saya ambil langkah berdiam diri saja.

Saya harap pensyarah ini akan sedar kesilapan dia, dan yang saya turut kesal anak nya juga tidak ambil berat akan perkara ini. Ye la mana tak tumpah nya kuah kalau tak ke nasi kan? Sendiri fikir la.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Trending Articles